by Mohd Nor Sirin on Tuesday, April 3, 2012 at 10:35pm ·

Didalam surah Al-An'aam ayat 151-153 mengandungi sepuluh wasiat Islam untuk melindungi aqidah, keluarga dan masyarakat. Barang siapa yang ingin melihat wasiat Rasulullah s.a.w.yang terakhir hendaklah merujuk kepada ayat2 ini.Sepuluh wasiat Allah adalah saperti berikut;
1)Janganlah kamu mempersekutukan Allah,
2)Berbuat ihsan terhadap ke dua ibu bapa,
3)Dan janganlah kamu membunuh anak2 kamu kerana takut kemiskinan,
4)Dan janganlah kamu mendekati perbuatan2 yang keji,
5)Dan janganlah kamu membunuh jiwa yang diharamkan Allah (membunuhnya) melainkan dengan sesuatu (sebab) yang
   benar,
6)Dan janganlah kamu dekati (mengambil) harta anak yatim,
7)Dan sempurnakanlah takaran/timbangan dengan adil,
8)Dan apabila kamu berkata, maka hendaklah kamu berlaku adil walaupun dia adalah kerabat (mu) sendiri (Bersikap
   benar dan jujur.
 
9)Dan penuhilah janji Allah (Patuh kepada perintah dan larangan Allah),dan
10)Dan sesungguhnya inilah jalan- Ku yang lurus (Dengan mematuhi sembilan wasiat diatas akan membawa kita kejalan
     yang lurus.
Sepuluh Wasiat Allah ini dipetik dari kelas ustaz Dr Abdullah Yasin di KGPA pada 2/4/12 serta buku beliau bertajuk "Ke Arah Memahami Al-Quran & Al-Hadis"]