by Mohd Nor Sirin on Monday, May 28, 2012 at 11:07pm ·
Dari Abi Hurairah r.a. katanya: Telah bersabda Rasulullah s.a.w.:Hak Muslim terhadap Muslim lain nya ada enam.( Baginda)ditanya:Apakah hak-hak tersebut, ya Rasulullah? Jawab Baginda: Jika kamu bertemu dengan nya, ucaplah salam pada nya. Dan jika dia mengundang mu hadirilah undangan nya. Dan jika dia minta nasihat mu,maka nasihatilah dia. Dan jika dia bersin dan bertahmid (ia itu Alhamdulillah),maka tasymitkan lah dia (ia itu Yarhamukallah). Dan jika dia sakit, maka kunjungi dia. Dan jika dia meninggal dunia, maka ikutilah ( jenazah) nya.[Hadith Sahih Riwayat Muslim]
PENGAJARAN;
1-SUDAH KAH ANDA MENGAMALKAN KESEMUA HAK DIATAS ?
2-TUNAIKAN LAH KEWAJIPAN ANDA TERHADAP ALLAH DAN TERHADAP SEMUA PIHAK TERMASUK IBU BAPA,KAUM KELUARGA,JIRAN,SESAMA INSAN,MAKHLUK LAIN SELAIN MANUSIA DAN LAIN2.
3-IBU BAPA HENDAKLAH MENGAMALKAN"KEPIMPINAN MELALUI TAULADAN" TERUTAMANYA TERHADAP ANAK2.
4-JANGAN PANDANG REMEH PERKARA2 KECIL SAPERTI BAGI SALAM,BERTAHMID DAN BERTASYMIT.
[Petikan dari kelas Ustaz Abdullah Yasin di KGPA pada 28/5/12]
    • Mohd Nor Sirin Kajian ulamak dari Britain mendapati bila sesaorang itu bersin,degupan jantung akan berhenti sebentar.Sebab itu wajar kita bertahmid selepas bersin.
      May 29 at 6:48am ·
    • Mohd Nor Sirin Kita bukan sahaja mendoakan orang yang sakit tetapi bolih juga memohon orang sakit itu mendoakan untuk kita kerana doa orang yang sedang sakit sangat makbul.
      May 29 at 6:51am ·
    • Mohd Nor Sirin Sesiapa yang mengikuti penyempurnaan jenajah maka dia akan memperolihi ganjaran satu qirath, dan barang siapa yang mengikutinya hingga dikebumikan maka dia akan memperolihi ganjara dua qirath. Satu qirath bersamaan dengan satu Jabal Uhud.
      May 29 at 6:56am ·
    • Mohd Nor Sirin Bagi anda yang banyak menerima undangan Walimatul Urus dan tiada kesempatan untuk menghadiri kesemuanya, keutamaan hendaklah diberi kpd yang awal menjemput serta yang terdekat.