JALAN MUDAH KE SYURGA>>>BERBAKTI LAH KEPADA KEDUA IBU-BAPA

by Mohd Nor Sirin on Sunday, April 29, 2012 at 10:41am ·
Allah S.W.T. telah berfirman dalam surah Al ISRA' ayat 23-24 yang bermaksud;"Dan Tuhanmu memerintahkan agar kamu janganlah menyembah, kecuali Dia, dan hendaklah kamu berbuat baik kepada kedua ibu-bapa kamu! Jika salah seorang diantara keduanya ataupun kedua2nya sekali telah mencapai usia tua dalam peliharaan mu, maka jangan lah sekali2 kamu mengatakan kepada mereka perkataan 'UF', dan janganlah kamu membentak/menengking mereka, tetapi ucapkanlah kepada mereka perkataan yang mulia. Dan rendahkan lah dirimu terhadap mereka berdua dengan penuh kesayangan, dan ucapkanlah: Ya Tuhan ku! Kasihanilah mereka berdua, sebagai man mereka berdua telah mendidik ku sewaktu aku kecil!"
HURAIAN AYAT;
1-MENGAPA DIDAHULUKAN DENGAN 'JANGAN LAH MENYEMBAH KECUALI DIA'?
     Bermaksud dosa yang paling besar berkait dengan Hablumminallah adalah menyengutukan Allah dan dosa yang paling besar berkait dengan Hablumminannas adalah menderhaka kepada kedua ibu-bapa.Dosa menyekutukan Allah bolih diampun olih Allah melalui Taubat Nasuha. dan dosa kepada kedua ibu-bapa bolih diampun dengan keredhaan mereka.
2-MENGAPA KETIKA USIA MEREKA TUA ?
       Ini kerana ketika usia mereka tua lah sianak ada peluang untuk berbakti. Ketika usia mereka muda sianak masih kecil.
3-APA YANG DIMAKSUDKAN "UF"?
        Ia itu apa sahaja perkataan dan perbuatan yang menghina dan menyebabkan mereka merasa sedih,kecewa,berdukacita dan berkecil hati.
4-APA YANG DIMAKSUDKAN MEMBENTAK/MENENGKING?
        Ini maksudnya jangan berkata kasar dengan mengangkat suara, jangan juga ketepikan mereka melalui tingkah laku atau tindakan yang menimbulkan sianak merasa lega dengan tindakan tersebut.Lebih tepat "Jangan tong sampahkan mereka"ia itu merasa rimas dengan kehadiran mereka.
Olih itu ambillah peluang ini diketika ibu-bapa anda masih hidup.Jangan takut dan jangan malu untuk memohon ampun.Setinggi mana kedudukan anda rendahkan diri bila berdepan dengan mereka dan selalulah berdoa untuk kebaikan mereka.Sianak hendaklah sentiasa menaruh perasaan yang kedua ibu-bapanya  memerlukan mereka.
Jika anda laksanakan tanggung jawab ini dengan ikhlas serta patuh segala perintah Allah dan meninggalkan semua larangan Nya, ini bermakna anda telah menempah tiket ke Syurga.
[Petikan dari kelas Ustaz Dr Kariman Muin pada 22/4/12 dirumah Dato Murad]