by Mohd Nor Sirin on Thursday, April 5, 2012[Petikan Dari Kelas Tadabbur Olih Ust Kariman Muin di Masjid Abu Bakar, Bangsar]
 
SIAPAKAH GOLONGAN DHOLALAH ?
1)MENYEMBAH BERHALA/MENYEMBAH SELAIN ALLAH/SYIRIK
      Allah S.W.T. berfirman dalam surah Al-An'aam ayat 74 yang bermaksud;"Dan ingatlah ketika Nabi Ibrahim berkata   kepada bapanya Aazar:Patutkah ayah menjadikan berhala2 sebagai tuhan? Sesungguhnya aku melihat mu dan kaum mu dalam KESESATAN YANG NYATA".
2)GAGAL KAWAL NAFSU
       Allah S.W.T. berfirman dalam surah Yusuf ayat 30 yang bermaksud;"Dan perempuan2 di bandar Mesir berkata: Isteri al-Aziz itu memujuk hambanya berkehendakkan dirinya, sesungguhnya cinta itu amat mendalam kepada Yusuf; sesungguhnya kami memandangnya berada dalam KESESATAN YANG NYATA"'.
3)ORANG YANG MEMBANTAH/MENOLAK/MERAGUI APA YANG ALLAH DAN RASUL TETAPKAN
         Allah S.W.T. berfirman dalam surah Al-Ahzab ayat 36 yang bermakud;"Dan tidaklah harus bagi orang yang beriman, lelaki dan perempuan apabila Allah dan Rasul-Nya menetapkan keputusan mengenai sesuatu perkara mempunyai hak memilih ketetapan sendiri mengenai urusan mereka. Dan sesiapa yang tidak taat kepada hukum Allah dan Rasul-Nya maka sesungguhnya ia telah sesat dengan KESESATAN YANG  NYATA".
4)ORANG YANG TIDAK MEMILIKI KEPERIHATINAN KEPADA ORANG2 MISKIN
        Allah S.W.T. berfirman dalam surah Yaasiin ayat 47 yang bermaksud;"Dan apabila dikatakan kepada mereka:Dermakanlah sebahagian dari rezeki yang dikurniakan Allah kepada kamu, berkatalah kepada orang kafir itu kepada orang yang beriman:Patutkah kami memberi makan kepada orang yang jika Allah kehendaki tentulah Ia akan memberinya makan? Kamu ini hanyalah berada dalam KESESATAN YANG NYATA".
Ya Allah, jauhkanlah kami dari terperangkap kedalam golongan "Dholalah" ia itu Kumpulan KesesatanYang Nyata kerana sesungguhnya kami sangat takut kepada seksa kubur dan seksa neraka yang sangat pedih dan berilah kami hidayah dan kekuatan untuk meningkatkan ketaqwaan kepada Mu.