by Mohd Nor Sirin on Tuesday, September 4, 2012 at 3:50pm 
RAMADHAN TELAH MENINGGALKAN KITA....bulan yang penuh barakah,magfirah dan pelepasan daripada api neraka.
Disamping berpuasa sebulan ramai umat Islam meningkatkan amalan nya seperti solat terawikh,qiam diwaktu malam,membaca/khatam Al-Quran,bersedekah,berzikir,beriktikaf dimasjid,membayar zakat dan tak kurang juga yang ke Mekah mengerjakan umrah.
Bila menjelang Syawal dan takbir raya berkumandang,hiruk pikuk dengan"dam dun dam" bunyi berbagai jenis mercun dan meriam buluh,berdeghau dari rumah kerumah bagi bermaaf2an dan makan lemang serta berbagai jenis kuih raya dan menghulur ampau bagi anak2.
Akhirnya dengan keasyikan dan keseronokan yang dinikmati, ada diantara kita yang amalan nya semakin menurun. Bahkan ada yang terlupa untuk berpuasa enam sedangkan puasa enam sangat besar fadhilat nya sebagaimana sabda Rasulullah s.a.w.,"Barangsiapa puasa Ramadhan kemudian diikuti dengan enam hari dari bulan Syawal, maka seolah2 dia berpuasa selama setahun".[HR Jamaah kecuali Bukhari dan Al-Nasaai dpd Abu Ayyuab Al-Ansariy]
 Sebelas bulan mendatang, sepatutnya dijadikan sebagai menterjemah kejayaan kita didalam bulan Ramadhan iaitu dengan meneruskan amalan2 yang baik.Ini bertepatan dengan firman Allah dalam surah Al-Baqarah dipenghujung ayat 185 yang bermaksud;"...dan hendaklah kamu cukupkan bilangan puasa (sebulan Ramadhan),dan supaya kamu membesarkan Allah kerana mendapat petunjuk Nya, dan supaya kamu bersyukur".
Walaupun Ramadhan telah berlalu marilah kita beristiqomah meneruskan amalan2 yang baik supaya kita tidak digelar sebagai "Muslim terkejut" iaitu hanya beramal dalam bulan Ramadhan  sahaja. Lakukan amalan2 tersebut dengan ikhlas dan atas pertolongan Allah (Lillah dan Billah).
SEMOGA BERTEMU LAGI DIRAMADHAN TAHUN DEPAN
[Petikan dari kelas Ustaz Dr Abdullah Yasin di KGPA pada 3/9/12 dan kelas Ustaz Dr Kariman Muin di masjid Abu Bakar Siddiq Bangsar pada 4/9/12]
· · · Share · Delete
  • Mohd Johari likes this.

    • Mohd Nor Sirin Awas dengan kesibukan rumah terbuka dibulan Syawal diharap tidak akan menutup pintu bagi meningkatkan amalan lebih2 lagi melaksana puasa enam.
      Tuesday at 8:21pm via mobile ·

    • Mohd Nor Sirin Ramadahn adalah bulan pembakar dosa. Manakala Syawal(maknanya meningkat atau naik) dan bulan2 berikut adalah sesuai dijadikan sebagai bulan meningkatkan amalan.
      Tuesday at 8:35pm via mobile ·