Friday 28 June 2013

PENJELASAN USTAZ DR ABDULLAH YASIN TENTANG AMALAN RATIB TEGAK

  • Abdullah Yasin Zikir termasuk bab ibadat. Kaedah Ibadat : Semua ibadat dilarang kecuali apa yang Allah dan Rasul suruh saja. Syarat ibadat diterima ada dua : Lakukan dg niat yang ikhlas kerana Allah dan lakukanlah ibadat itu ikut cara Rasulullah SAW. Sungguh bnyk ayat menyuruh kita berzikir. Tugas Rasul pula menjelaskan caranya. Firman Allah : 1. Kami turunkan kepadamu al-zikr (Al-Quran) spy kamu memperjelaskannya kepada umat manusia. (Al-Nahl:44) ; 2. Berzikrlah kpd Tuhanmu dg merendahkn diri dan rasa takut dan dengan tdk mengeraskan suaramu (Al-A'raf : 205) ; Rasul SAW bersabda : 1. Rendahkan suaramu ketika berzikir ! sesungguhnya kamu tdk menyeru yang pekak dan tdk pula yang jauh, tetapi kamu menyeru yang maha mendengar lagi maha dekat. (HR Bukhari Muslim) ; 2. Sebaik-baik zikir adalah perlahan-perlahan. (HR Ahmad) ; 3. Siapa beramal tidak ikut cara kami maka amalannya itu ditolak. (HR Muslim) Kesimpulan : 1. Berdasarkan ayat2 dan hadis2 di atas nyatalah bahawa amalan Ratip Tegak sangat bercanggah dengan ayat Al-Quran dan Sunnah Nabi SAW. 2. Allah melarang berzikir dg suara lantang tetapi hendaklah dg merendahkan diri dan rasa takut, dan Rasul SAW pula menyebut zikir paling afdhal ialah dg suara yang perlahan. 3. Imam Syafii berkata : Jika pendapat aku bercanggah dg hadis sahih maka campakkanlah pendapatku ke dinding dan ambillah hadis Nabi yang sahih. 4. Jika anda hormat dg ilmu Imam Syafii dan mengakui ketokohannya, mengapa tidak ikut nasihat Imam Syafii ? 5. Menurut Imam Al-Qurtubiy : Berzikir dg menggoyang-goyangkan badan yang pertama kali dilakukan ialah oleh As-Samiriy ketika menyuruh pengikutnya menyembah berhala patung anak lembu. (Samiriy adalah Yahudi yang menjadi penentang utama Nabi Musa) - Sila lihat kitab : (Allah Dalam Aqidah Islam - Oleh : Ahmad Bahiad - Cairo - Halaman : 183). Nasihat ikhlas dari saya : 1. Dalam urusan agama sila tanya orang yang mahir Al-Quran dan Al-Sunnah, sebab inilah rujukan utama agama Islam, bukan logik atau akal semata. 2. Jika anda masih tidak tahu tanyalah orang yang tahu seperti Mufti, Ulama', para pendakwah, bukan kepada orang-orang yang jahil dua sumber itu. 3. Yang maksum (terpelihara dari kesalahan) hanya Rasulullah SAW. Ikutilah sikap terpuji Imam Syafii di atas. 4. Hindarkan diri daripada menjadi orang sesat dan menyesatkan orang lain. Oleh itu, nasihat saya anda jangan beri komen terhadap apa yang anda tidak tahu. Bimbang orang lain tertarik dengan pandangan yang tidak berasas yang anda cuba sibarkan. Wassalam

1 comment:

  1. Jika anda ingin tahu tentang amalan ratib tegak, sila layari you tube atau google dgn menaip Ratib Tegak. Awas! Jangan terpengaroh.

    ReplyDelete