Saturday 30 June 2012

JADUAL KELAS BULAN JULAI 2012 (PART 1)


NO.
TARIKH
WAKTU
SUBJEK
USTAZ/USTAZAH
1
8-Jul-2012
10.00 AM
QALBUN SALIM & DOSA-DOSA BESAR
DRS. KARIMAN ABDUL MUIN
2
22-Jul-2012
10.00 AM
QALBUN SALIM & TAZKIRAH KEMATIAN
DRS. KARIMAN ABDUL MUIN
3
10-Jul-2012
9.00 PM
HADITH
DRS. KARIMAN ABDUL MUIN
4
6-Jul-2012
9.00 PM
AQIDAH
DR. ABDULLAH YASIN
5
13-Jul-2012
9.00 PM
TAFSIR
DATO DR. FATIMA ZAHRAH
6
11-Jul-2012
2.30 PM
MENJAUHI SIFAT-SIFAT YAHUDI
SOFWAN BADRIE
7
SETIAP HARI SABTU
10.00 AM
TALLAQI AL-QURAN
TUAN SHEIKH SHAID

Sunday 17 June 2012

                                       
SILA AMBIL PERHATIAN, BAHAWA SEMUA KENYATAAN DAN TULISAN SAYA SETAKAT INI DIBUAT DALAM BAHASA MALAYSIA. TERJEMAHAN KEBAHASA INGGERIS YANG DIBUAT OLIH GOOGLE SECARA AUTO DIDAPATI TIDAK TEPAT DAN TIDAK PERLU DIBACA.
TAMBAHAN KELAS AQIDAH BAGI BULAN JUN:
      TARIKH: 29/6/12 (JUMAAT)
       MASA:     9 MALAM
       TEMPAT:  SAMA
       USTAZ: DR ABDULLAH YASIN

Saturday 16 June 2012


 

DIMANA KITA SEKARANG ? ADAKAH DALAM KUMPULAN 796* ATAU KUMPULAN 644*

by Mohd Nor Sirin on Friday, June 15, 2012 at 3:51pm ·

Allah S.W.T.berfirman dalam surah Al-A'Raaf(7)* ayat 96* yang bermaksud;"Dan sekiranya penduduk negeri itu, beriman serta bertaqwa, tentulah Kami bukakan kepada mereka keberkatan dari langit dan bumi"...
Disebaliknya pula, dalam surah Al-An'aam(6)* ayat 44* yang bermaksud;"Kemudian apabila mereka melupakan apa yang telah diperingatkan dengannya, Kami bukakan kepada mereka pintu2 segala kemewahan, sehingga apabila mereka bergembira dengan apa yang telah diberikan, Kami siksa mereka secara mengejut, maka ketika itu mereka berputus asa".
MARILAH KITA MENJADI ORANG YANG BERIMAN DAN BERTAQWA DENGAN MELAKSANAKAN SEGALA PERINTAH DAN MENINGGALKAN SEGALA LARANGAN NYA....SUPAYA KEMAKMURAN YANG KITA KECAPI BERKEKALAN DAN DIBERKATI  ALLAH S.W.T.
BAGI MENCAPAI KEIMANAN DAN TAQWA KITA PERLU BERLAKU ADIL BUKAN SAHAJA TERHADAP DIRI SENDIRI TETAPI JUGA TERHADAP KELUARGA, INSAN2 LAIN TANPA MENGIRA BANGSA,AGAMA DAN PANGKAT/DARJAT SERTA BERLAKU ADIL JUGA TERHADAP MAKHLOK LAIN.
[Petikan Dari Kelas Qalbun Salim Olih Ustaz Kariman Muin Dirumah Dato Murad Pada 6/5/12]

KELAS AQIDAH DI RUMAH DATO MURAD OLIH USTAZ DR ABDULLAH YASIN BOLIH DIIKUTI SECARA LANSUNG MELALUI LAMAN WEB www.ustream.tv/channel/dr-abdullah-yasin
MENGIKUT JADUAL YANG DITENTUKAN.

Tuesday 12 June 2012









by Mohd Nor Sirin on Saturday, March 10, 2012 at 8:10am

Enam langkah yang diguna syaitan menyesatkan manusia ia itu;
Langkah Pertama;   Menyuruh manusia kufur dan melakukan syirik.
Langkah Kedua   ;   Menyuruh manusia melakukan bida'ah.
Langkah Ketiga   ;   Memujuk manusia melakukan dosa2 besar.
Langkah Keempat;  Memujuk manusia melakukan dosa2 kecil.
Langkah Kelima    ;  Manusia disebokkan dengan kerja2 Mubah (harus)yang merugikan.
Langkah Keenam  ; Manusia disebokkan melaku kerja yang baik dengan mengabaikan kerja2 yang lebih baik.
Syaitan sangat pintar dalam menyesatkan manusia.Syaitan memulakan langkah pertama dan jika langkah pertama gagal dia akan mengambil langkah kedua dan jika gagal dia akan mengambil langkah2 seterus nya.
Olih itu anda semua jangan lah terperangkap dalam jiringan syaitan ini.
[Petikan dari kelas Tadabbur olih ustas Dr.Kariman Muin di masjid Abu Bakar, Bangsar pada 28feb.2012]
 

 

ADAKAH SAMA ORANG YANG BERILMU DENGAN ORANG YANG TIDAK BERILMU ?

by Mohd Nor Sirin on Friday, June 1, 2012 at 10:05am ·

Allah S.W.T. berfirman dalam surah Az-Zumar ayat 9 yang bermaksud;"...Katakan lah lagi, adakah sama orang yang mengetahui (berilmu) dengan orang yang tidak mengetahui (berilmu)? Sesungguhnya orang yang dapat mengambil peringatan hanyalah orang yang berakal sempurna".
          JAWAPAN NYA SUDAH TENTU TIDAK SAMA
Allah juga berfirman dalam surah Al-Mujaadalah ayat 11 yang bermaksud;"...Allah akan meninggikan orang yang beriman antara kamu dan orang yang berilmu pengetahuan beberapa darjat"...
Pada masa ini kemudahan untuk menimba ilmu agama terlalu banyak.Hanya terpulang kepada diri masing2 untuk merebut peluang yang ada.Tepok dada tanya iman.Ilmu sangat penting bagi menjadikan amal ibadat kita menjadi lebih sempurna dan diredhai Allah S.W.T.
 

Monday 11 June 2012

                           CERAMAH :  INDAH NYA PERUBATAN ISLAM
Tarikh:26.6.2012 (Selasa)
Masa:  9-10.30 malam
Tempat: Lot 2866,4/71B,Pinggir TTDI,K.Lumpur.
             [Bersebelahan Masjid Al-Ghufran]
Penceramah: Ustaz Sharhan Shafie

Sahabat2 semua dijemput hadir.Tidak perlu mendaftar diri dan tidak dikenakan apa2 bayaran.
Jamuan ringan akan disediakan selepas selesai ceramah.

Saturday 9 June 2012

JANGAN TERJEBAK KEDALAM KUMPULAN "DHOLALAH" (KESESATAN YANG NYATA)

by Mohd Nor Sirin on Thursday, April 5, 2012[Petikan Dari Kelas Tadabbur Olih Ust Kariman Muin di Masjid Abu Bakar, Bangsar]
 
SIAPAKAH GOLONGAN DHOLALAH ?
1)MENYEMBAH BERHALA/MENYEMBAH SELAIN ALLAH/SYIRIK
      Allah S.W.T. berfirman dalam surah Al-An'aam ayat 74 yang bermaksud;"Dan ingatlah ketika Nabi Ibrahim berkata   kepada bapanya Aazar:Patutkah ayah menjadikan berhala2 sebagai tuhan? Sesungguhnya aku melihat mu dan kaum mu dalam KESESATAN YANG NYATA".
2)GAGAL KAWAL NAFSU
       Allah S.W.T. berfirman dalam surah Yusuf ayat 30 yang bermaksud;"Dan perempuan2 di bandar Mesir berkata: Isteri al-Aziz itu memujuk hambanya berkehendakkan dirinya, sesungguhnya cinta itu amat mendalam kepada Yusuf; sesungguhnya kami memandangnya berada dalam KESESATAN YANG NYATA"'.
3)ORANG YANG MEMBANTAH/MENOLAK/MERAGUI APA YANG ALLAH DAN RASUL TETAPKAN
         Allah S.W.T. berfirman dalam surah Al-Ahzab ayat 36 yang bermakud;"Dan tidaklah harus bagi orang yang beriman, lelaki dan perempuan apabila Allah dan Rasul-Nya menetapkan keputusan mengenai sesuatu perkara mempunyai hak memilih ketetapan sendiri mengenai urusan mereka. Dan sesiapa yang tidak taat kepada hukum Allah dan Rasul-Nya maka sesungguhnya ia telah sesat dengan KESESATAN YANG  NYATA".
4)ORANG YANG TIDAK MEMILIKI KEPERIHATINAN KEPADA ORANG2 MISKIN
        Allah S.W.T. berfirman dalam surah Yaasiin ayat 47 yang bermaksud;"Dan apabila dikatakan kepada mereka:Dermakanlah sebahagian dari rezeki yang dikurniakan Allah kepada kamu, berkatalah kepada orang kafir itu kepada orang yang beriman:Patutkah kami memberi makan kepada orang yang jika Allah kehendaki tentulah Ia akan memberinya makan? Kamu ini hanyalah berada dalam KESESATAN YANG NYATA".
Ya Allah, jauhkanlah kami dari terperangkap kedalam golongan "Dholalah" ia itu Kumpulan KesesatanYang Nyata kerana sesungguhnya kami sangat takut kepada seksa kubur dan seksa neraka yang sangat pedih dan berilah kami hidayah dan kekuatan untuk meningkatkan ketaqwaan kepada Mu.

 

MURAQABAH DIRI DAPAT MEMANTAPKAN IMAN

by Mohd Nor Sirin on Saturday, May 5, 2012 at 7:02am ·
Untuk memantapkan iman, kita perlu sentiasa merasa segala gerak-geri kita diawasi/dipantau oleh Allah S.W.T. dengan merasa takut akan siksaan Nya pada hari Akhirat nanti.Dengan ini kita akan dapat mengawal diri dan mematuhi ajaran Allah serta dapat menjauhkan diri dari segala maksiat walaupun jauh dari pandangan manusia.
[Di petik dari kelas Aqidah olih ust Dr Abdullah Yasin pada 4/5/12 jam 9 malam di rumah lot 2866 bersebelahan Masjid Al Ghufran Pinggir TTDI]

 

APA KAH TANDA TANDA ORANG BERIMAN ?

by Mohd Nor Sirin on Monday, April 30, 2012 at 11:08
1-Apabila disebut nama ALLAH hati rasa gementar,
2-Apabila dibacakan ayat2 Al-Quran bertambahlah iman,
3-Sentiasa bertawakkal kepada ALLAH,
4-Mendirikan solat dengan sempurna dan khusuk,dan
5-Infak dijalan ALLAH.
Semua tanda2 diatas dinyatakan olih Allah S.W.T. melalui firman Nya didalam surah Al-Anfaal ayat 2-4 yang bermaksud;"Sesungguhnya orang yang beriman itu apabila disebut nama Allah gementarlah hati mereka; dan apabila dibacakan kepada mereka ayat2  Nya,menjadikan mereka bertambah iman, dan kepada Tuhan mereka jualah mereka berserah (2). Iaitu rang yang mendirikan solat dan yang mendermakan sebahagian dari apa yang Kami kurniakan kepada mereka (3). Merekalah orang yang beriman dengan sebenar2nya.Mereka mendapat pangkat disisi Tuhan mereka,keampunan serta rezeki yang mulia (4)". 
Marilah kita muhasabah diri samada  telah memiliki semua ciri2 diatas

JADUAL KELAS BULAN JUN 2012 (PART 2)


NO.
TARIKH
WAKTU
SUBJEK
USTAZ/USTAZAH
1
10.00 AM
QALBUN SALIM & DOSA-DOSA BESAR
DRS. KARIMAN ABDUL MUIN
2
17-Jun-2012
10.00 AM
QALBUN SALIM & TAZKIRAH KEMATIAN
DRS. KARIMAN ABDUL MUIN
3
19-Jun-2012
9.00 PM
HADITH
DRS. KARIMAN ABDUL MUIN
4
15-Jun-2012
9.00 PM
AQIDAH
DR. ABDULLAH YASIN
5
22-Jun-2012
9.00 PM
TAFSIR
DATO DR. FATIMA ZAHRAH
6
20-Jun-2012
2.30 PM
MENJAUHI SIFAT-SIFAT YAHUDI
SOFWAN BADRIE
7
SETIAP HARI SABTU
10.00 AM
TALLAQI AL-QURAN
TUAN SHEIKH SHAID

Sunday 3 June 2012

 
 
by Mohd Nor Sirin on Tuesday, April 3, 2012 at 10:35pm ·

Didalam surah Al-An'aam ayat 151-153 mengandungi sepuluh wasiat Islam untuk melindungi aqidah, keluarga dan masyarakat. Barang siapa yang ingin melihat wasiat Rasulullah s.a.w.yang terakhir hendaklah merujuk kepada ayat2 ini.Sepuluh wasiat Allah adalah saperti berikut;
1)Janganlah kamu mempersekutukan Allah,
2)Berbuat ihsan terhadap ke dua ibu bapa,
3)Dan janganlah kamu membunuh anak2 kamu kerana takut kemiskinan,
4)Dan janganlah kamu mendekati perbuatan2 yang keji,
5)Dan janganlah kamu membunuh jiwa yang diharamkan Allah (membunuhnya) melainkan dengan sesuatu (sebab) yang
   benar,
6)Dan janganlah kamu dekati (mengambil) harta anak yatim,
7)Dan sempurnakanlah takaran/timbangan dengan adil,
8)Dan apabila kamu berkata, maka hendaklah kamu berlaku adil walaupun dia adalah kerabat (mu) sendiri (Bersikap
   benar dan jujur.
 
9)Dan penuhilah janji Allah (Patuh kepada perintah dan larangan Allah),dan
10)Dan sesungguhnya inilah jalan- Ku yang lurus (Dengan mematuhi sembilan wasiat diatas akan membawa kita kejalan
     yang lurus.
Sepuluh Wasiat Allah ini dipetik dari kelas ustaz Dr Abdullah Yasin di KGPA pada 2/4/12 serta buku beliau bertajuk "Ke Arah Memahami Al-Quran & Al-Hadis"]

 

JALAN MUDAH KE SYURGA>>>BERBAKTI LAH KEPADA KEDUA IBU-BAPA

by Mohd Nor Sirin on Sunday, April 29, 2012 at 10:41am ·
Allah S.W.T. telah berfirman dalam surah Al ISRA' ayat 23-24 yang bermaksud;"Dan Tuhanmu memerintahkan agar kamu janganlah menyembah, kecuali Dia, dan hendaklah kamu berbuat baik kepada kedua ibu-bapa kamu! Jika salah seorang diantara keduanya ataupun kedua2nya sekali telah mencapai usia tua dalam peliharaan mu, maka jangan lah sekali2 kamu mengatakan kepada mereka perkataan 'UF', dan janganlah kamu membentak/menengking mereka, tetapi ucapkanlah kepada mereka perkataan yang mulia. Dan rendahkan lah dirimu terhadap mereka berdua dengan penuh kesayangan, dan ucapkanlah: Ya Tuhan ku! Kasihanilah mereka berdua, sebagai man mereka berdua telah mendidik ku sewaktu aku kecil!"
HURAIAN AYAT;
1-MENGAPA DIDAHULUKAN DENGAN 'JANGAN LAH MENYEMBAH KECUALI DIA'?
     Bermaksud dosa yang paling besar berkait dengan Hablumminallah adalah menyengutukan Allah dan dosa yang paling besar berkait dengan Hablumminannas adalah menderhaka kepada kedua ibu-bapa.Dosa menyekutukan Allah bolih diampun olih Allah melalui Taubat Nasuha. dan dosa kepada kedua ibu-bapa bolih diampun dengan keredhaan mereka.
2-MENGAPA KETIKA USIA MEREKA TUA ?
       Ini kerana ketika usia mereka tua lah sianak ada peluang untuk berbakti. Ketika usia mereka muda sianak masih kecil.
3-APA YANG DIMAKSUDKAN "UF"?
        Ia itu apa sahaja perkataan dan perbuatan yang menghina dan menyebabkan mereka merasa sedih,kecewa,berdukacita dan berkecil hati.
4-APA YANG DIMAKSUDKAN MEMBENTAK/MENENGKING?
        Ini maksudnya jangan berkata kasar dengan mengangkat suara, jangan juga ketepikan mereka melalui tingkah laku atau tindakan yang menimbulkan sianak merasa lega dengan tindakan tersebut.Lebih tepat "Jangan tong sampahkan mereka"ia itu merasa rimas dengan kehadiran mereka.
Olih itu ambillah peluang ini diketika ibu-bapa anda masih hidup.Jangan takut dan jangan malu untuk memohon ampun.Setinggi mana kedudukan anda rendahkan diri bila berdepan dengan mereka dan selalulah berdoa untuk kebaikan mereka.Sianak hendaklah sentiasa menaruh perasaan yang kedua ibu-bapanya  memerlukan mereka.
Jika anda laksanakan tanggung jawab ini dengan ikhlas serta patuh segala perintah Allah dan meninggalkan semua larangan Nya, ini bermakna anda telah menempah tiket ke Syurga.
[Petikan dari kelas Ustaz Dr Kariman Muin pada 22/4/12 dirumah Dato Murad]

Saturday 2 June 2012

APAKAH HAK MUSLIM TERHADAP MUSLIM YANG LAIN ?

by Mohd Nor Sirin on Monday, May 28, 2012 at 11:07pm ·
Dari Abi Hurairah r.a. katanya: Telah bersabda Rasulullah s.a.w.:Hak Muslim terhadap Muslim lain nya ada enam.( Baginda)ditanya:Apakah hak-hak tersebut, ya Rasulullah? Jawab Baginda: Jika kamu bertemu dengan nya, ucaplah salam pada nya. Dan jika dia mengundang mu hadirilah undangan nya. Dan jika dia minta nasihat mu,maka nasihatilah dia. Dan jika dia bersin dan bertahmid (ia itu Alhamdulillah),maka tasymitkan lah dia (ia itu Yarhamukallah). Dan jika dia sakit, maka kunjungi dia. Dan jika dia meninggal dunia, maka ikutilah ( jenazah) nya.[Hadith Sahih Riwayat Muslim]
PENGAJARAN;
1-SUDAH KAH ANDA MENGAMALKAN KESEMUA HAK DIATAS ?
2-TUNAIKAN LAH KEWAJIPAN ANDA TERHADAP ALLAH DAN TERHADAP SEMUA PIHAK TERMASUK IBU BAPA,KAUM KELUARGA,JIRAN,SESAMA INSAN,MAKHLUK LAIN SELAIN MANUSIA DAN LAIN2.
3-IBU BAPA HENDAKLAH MENGAMALKAN"KEPIMPINAN MELALUI TAULADAN" TERUTAMANYA TERHADAP ANAK2.
4-JANGAN PANDANG REMEH PERKARA2 KECIL SAPERTI BAGI SALAM,BERTAHMID DAN BERTASYMIT.
[Petikan dari kelas Ustaz Abdullah Yasin di KGPA pada 28/5/12]
    • Mohd Nor Sirin Kajian ulamak dari Britain mendapati bila sesaorang itu bersin,degupan jantung akan berhenti sebentar.Sebab itu wajar kita bertahmid selepas bersin.
      May 29 at 6:48am ·
    • Mohd Nor Sirin Kita bukan sahaja mendoakan orang yang sakit tetapi bolih juga memohon orang sakit itu mendoakan untuk kita kerana doa orang yang sedang sakit sangat makbul.
      May 29 at 6:51am ·
    • Mohd Nor Sirin Sesiapa yang mengikuti penyempurnaan jenajah maka dia akan memperolihi ganjaran satu qirath, dan barang siapa yang mengikutinya hingga dikebumikan maka dia akan memperolihi ganjara dua qirath. Satu qirath bersamaan dengan satu Jabal Uhud.
      May 29 at 6:56am ·
    • Mohd Nor Sirin Bagi anda yang banyak menerima undangan Walimatul Urus dan tiada kesempatan untuk menghadiri kesemuanya, keutamaan hendaklah diberi kpd yang awal menjemput serta yang terdekat.